Friday, 15 September 2017
Saturday, 9 September 2017
Friday, 8 September 2017
Sunday, 3 September 2017
Wednesday, 23 August 2017
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious |
Senarai Hadiah Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious
Tempat Pertama
3 Komik Lawak Kampus (Jilid 13, 14 & 15)
Tempat Kedua
2 Komik Lawak Kampus (Jilid 20 & 21)
Tempat Ketiga
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 18)
Tempat Keempat
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 25)
Saguhati
Bloglist Selama Sebulan X 10 Pemenang
Wah seramai 17 Pemenang Elsa cari. Apa tunggu lagi? Jom join
Okay Bismillah. Klik banner untuk join
FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89
Hadiah 3:
Beaute Blizz Aloe Vera Leaf Water Refreshning Facial Mask
+
Bye Bye 'Tired Eyes'
Dapat hadiah ni pun best jugak ~! ^o^
Tuesday, 22 August 2017
Driving Class & Test JPJ 2017 Part 2
Hai, Assalammualaikum ~!
Dalam post sebelum ni, aku dah cerita pengalaman aku time
belajar memandu.. and sekarang aku nak kongsi suka duka semasa menduduki test
JPJ ha jeng jeng jeng.
Pagi test tu memang bangun awal gila la tapi nervous dia, Ya
Allah sampai sekarang ingat lagi debaran tu ha gitu. So dalam 8 – 9 pagi la
mendaftar, giliran aku no 101. Hambik kau, nasib baik yang manual ada dalam 80+
orang. So aku dalam giliran ke 13 la untuk yang ambil auto. Lepastu ada
taklimat sikit lepastu termenung lol.
Bahagian ii (Ujian Litar)
Firstly start dengan buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan. So,
memang akan buat ramai – ramai and kau akan cakap sorang sorang. Untuk mengelakkan
markah banyak kena tolak, kau cakap je
kuat2 sampai JPJ dengar dengan konfiden nya. Biasanya, banyak markah kena
tolong sebab cakap perlahan JPJ tak dengar.
Then, bila dah settle.. Untuk yang auto akan buat ujian RAM,
so tunggu la giliran lagi. Dah settle ujian tu, free gear and tarik hand break nanti
orangnya akan settlekan.
Dah settle kat situ, termenung lagi tunggu kereta lol sebab
kereta auto tak banyak so redha je la banyakkan berzikir & selawat time ni.
Bila sudah tiba giliran anda, relax je bawak macam time belajar. Settlekan
bukit, parking, 3-pointer, S & Z. Alhamdullilah lulus, so dah lega ah
sikit.
Lepastu, termenung lageeyyyyyy. Adalah dalam 3 jam huhu. Dah
lah sebelum rehat tu dah nombor 99 lepastu rehat. Alahaaaaiiiiiii… K takpe
redho lagi.
Bahagian iii ( Ujian Jalan Raya )
Setelah 3 jam menunggu, akhirnya tiba giliranku. Aku perasan
yang orang sebelum aku tu gagal. Ha memang rasa nak terkencing ah time tu.
Dapat plak jpj perempuan. Jpj perempuan takde masalah sebenarnya, cuma diaorang
ni teliti sikit jadi berhati – hati lah di jalan raya ya anak anak. Okay so
buat lah Rutin Sebelum Memandu (RSM) semua apa yang dah belajar en. Baru je nak
masuk jalan besar and tukar lane, ha kau ada lori sebelah ha menggelabah aku
maklumlah trauma sebelum ni pernah accident kena langgar lori huhu. Then
keluarlah arahan yang breaks your heart lol “Pergi parking tepi” Paham2 la fail
dah tu. #SisRedho tapi dia takde marah pun lebihnya dia nasihat “Lain kali awak
kena macamni macamtu….. “ tapi tak dinafikan mengalir gak lah air mata huhu ~
~ 2 minggu kemudian ~
Tiba la masa untuk re test. Jujur cakap seminggu aku
kemurungan haha lagi seminggu tu memang berdebar nak matey ~ Dua hari sebelum
test ayah siap ajar lagi hoho.
Dugaan nak hadapi test, ayah nak hantar TIBA – TIBA tayar
pancit pulak. Ha memang jantung nak terkeluar time ni. Laju jalan pergi stesen
lrt, nasib baik dekat. Sampai2 memang dah panjang lah beratur, berzikir je aku
banyak2 time ni nak hilang gemuruh. Jika anda ambil ujian ulangan, sila la buat
apa yang anda dah buat masa first time ambil test. Kalau blur2 nanti tak pasal2
kena marah dengan jpj “Awak kan dah ambil sebelum ni”
So, adalah dalam 8 orang ambil ulangan, 2 orang je auto yang
lain semua manual. Tunggu punya tunggu, tiba giliran aku, dugaan kedua HUJAN!
Yang peliknya tu kereta manual, dengan cuaknya aku bagitau “Tapi encik, saya
auto.” Ha barulah dia perasan yang dia tersilap. Kena lah tunggu lagi huhu.
Tunggu punya tunggu hujan pun berhenti and tiba la masa yang
dinanti nantikan. Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar. Bila dah
settle semua memang bersyukur tak terhingga la ceritanya.
Barulah aku sedar
sebenarnya kebanyakkan orang yang aku
kenal pun ambil test 2 kali. Ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu. Apa
apa pun kalau gagal, kena bangkit. Memang cakap senang, tapi kita kena kuat
sebab semua orang hadapi benda yang sama. You are not alone ok ~!
Sekian sahaja untuk post kali ni. Terima kasih sudi baca.. Bye
~!
Monday, 21 August 2017
Driving Class & Test JPJ 2017 Part 1
Hai, Assalammualaikum ~! Okay harini aku nak share
pengalaman aku sepanjang belajar memandu.
Aku belajar bawak auto, RM1800 sebab aku guna ejen. Tapi sekolah yang aku belajar tu ada bertentang dengan LRT Asia Jaya.
Aku pakai ejen ni ^ Nak pergi direct ke skolah memandu tu terus pun boleh no problem.
Ok so short story dia macam ni. Dengar ceramah 5 jam ->
Jawab Test Komputer untuk dapat lesen L -> Belajar driving 10 jam -> Test
macam pre test dalam 30 min -> Test JPJ untuk dapat lesen P -> Tempoh
percubaan 2 tahun (KEJARA) baru dapat lesen tetap. Memandu la secara berhemah @ takyah pegang stereng 2 tahun. Ni
secara ringkas la, nak detail pi baca buku.
Okay, so firstly kena dengar taklimat dia dalam 5 jam huhu memang sejujurnya mengantuk hehe tapi kena focus la sebab nanti dia bagi hint apa masuk test nanti.
TIPS NAK LULUS TEST
KOMPUTER !!
Ok kalau aku, aku download apps “Ujian KPP” @ “KPP Test” Ha
jawab la kau sampai muntah haha. Sehari sebelum test tu memang beratus ah
soalan jawab. Alhamdullilah dapat 49/50.
So, kena bayaq RM30 untuk lesen belajar memandu aka Lesen L.
Yay, sekarang dah boleh drive. Lek lu jangan excited sangat.
So, masa first day belajonya memula belajar apa dalam enjen, cara nak buat
rutin pemeriksaan kenderaan (RPK), cara nak buat rutin sebelum memandu (RSM),
cara naik bukit, parking, 3-pointer, jalan S & Z. HAAAAAAA jujur cakap
menggigil aku first time pegang stereng hahahaha. Bertabahlah kalau kena marah,
bukan marah benci tapi tu sebab nak ajar ya anak anak. Banyakkan bersabar and
tanya je kalau ada apa apa tak faham okay ~! Belajar lah sampai pandai hewhew.
So, ni aku cerita secara general je la ya tentang pengalaman
aku. Untuk post seterusnya, aku akan post tentang suka duka aku masa ambik test
jpj. Kalau nak tau follow la hihi ^o^
Sunday, 20 August 2017
Salam Aidilfitri 2017 Part 3 ~!
Hai, Assalammualaikum ~! Continuing my Raya adventure with
kengkawan yuaitiyem.
The first part is 9/7. The day before that, Mimi & Niso
ambik aku dekat Masjid Jamek so aku kesana naik lrt je la. Syukur nikmat betul
ada kawan yang dah boleh drive. So, Mimi yang drive tapi kitaorang ke Jalan TAR
dulu nak shopping raya. Aku menahan nafsu jugaklah tapi sangkut beli jugak
skirt sehelai hihi. Dalam 2 jam shopping, makan kitaorang pun menuju ke rumah
Niso di Kuang. Sampai2 rumahnya rehat2 and mula merewang. Esoknya Niso buat
open house, so kedatangan kami ni nak membantu la apa apa yang patut tapi mak
dia memang supermom betul. Kitaorang buat yang dessert (Brownies + Fruit Tart + Cream Puff), maknya buat main course (Nasi Dagang + Laksa) and in the same
time mak dia buat tempahan kuah mi udang. Like omaigod dalam masa sehari je,
memang idola sis la <3 Kitaorang pulak dekat 1 pagi bertungkus lumus nak
menyiapkan dessert2 nya. Esoknya prepare semua, tengah2 duk menghias bagai dah
ada orang datang. Ha berlari la kitaorang naik bilik nak tukar baju lol.
Lepastu, aku terus pergi stesen KTM, Mimi ngan Niso hantar,
nak ke KL Sentral pulak nak jumpa Aida untuk ke rumah Siti di Putrajaya. Ha kau
pusing 1 Keyyel time2 raya. Sampai KTM Serdang jumpa Wan pulak. Then, kami
bertiga naik teksi ke rumah Siti (melayang
rm40+ ) nasib baik bertiga. Ayah Siti punya daging dendeng memang legend.
Bukan setakat legend memang banyak kenangan la daging dendeng tu. Masa sem 1,
bilik aku dengan Siti dekat. Then, ada satu hari tu aku lalu bilik dia pastu
ngadu la lapar lol. Lepastu kitaorang 2 makan daging dendeng dengan roti. SEDAP
GILA SAMPAI SEKARANG INGAT RASANYA ! Sampai sampai je dia kenalkan aku kat ayah
dia “Ha dia ni la yang suka gila dengan daging dendeng ayah” LOL Dia sanggup
panaskan semangkuk daging tu khas untuk kitaorang je. TERHARU! Dah makan,
borak, ambil gambar semua baru kitaorang tau rumah dia dekat dengan LRT Puchong
Perdana and then tukar lane Putra Height pulak. Naik grab sampai sana baru RM12
and then aku turun dekat LRT Universiti, ayah ambik pergi ke destinasi ketiga
iaitu rumah Nadia pulak ~ Sampai je rumah Nadia tinggal Saii dengan Tehah je.
Tinggal berempat je pun makin sakan berborak nya. Masih lagi aktiviti yang
sama, makan, borak and ambik gambar hehe tapi time ni pun dah dekat maghrib
huhu so terpaksa la balik awal sikit. End of the first part.
The second part 17/7. Ni kira the last open house la. Rumah
Aida pula, tak berapa jauh dari rumah aku. So, ayah hantar sampai blok rumah
dia. Jumpa Siti kat sana and lagi sorang student UiTM jugak. Same steps, makan,
borak and ambik gambar. Tapi Siti sampai awal, so, dia balik dulu. So tinggal
aku tapi berkenalan juga dengan kawan Aida. Borak2 & makan2 lagi and then
ayah pun sampai. Gambar kitaorang buat love tu comel gila kbye hihi.
Ini sahaja lah coretanku tentang raya 2017 ~
Alhamdullilah, banyak kenangan terbina. Walaupun buat benda
sama je, like makan, borak and ambik gambar, tapi each person and each house
have their own memories. Lagi satu bila orang jemput datang rumah, kalau boleh
datang, datang! Kalau tak boleh, BAGITAU AWAL! I had read a post and ayat dia “Macam
mana bila kau dah siap preparation nak kahwin, sehari sebelum kahwin tunang kau
mintak putus? Macam tu la perasaan tuan rumah dah hias rumah, masak tapi tetamu
last minit tak datang". Sedih weyh.
In the other hand, as tuan rumah. Ada pula post tentang kawan ni datang lambat, bila dia sampai makanan dah habis, and then tuan rumah halau dia balik. Like seriously?! Orang dah susah susah datang you kena sambut. Tetamu kan pembawa rezeki. Hidang air je pun ok. Orang faham, dia sendiri sedar yang dia dah lambat. Janganlah halau gitu terus.
Moral of the story, Raya once a year, celebrate it positively. Cuba selesaikan masalah sebaik mungkin. Kalau tuan rumah, masak kurang sedap ke, rumah biasa biasa ke, jangan nak kecam. Kita pun ada kekurangan kita. Apa yang kita nak is eratkan silaturrahim. Ok tak nak bebel panjang. Thanks for reading ^_~
Salam Aidilfitri 2017 Part 2 ~!
Hai, Assalammualaikum ~! Ha sebulan menyepi akhirnya saya
kembali hihi. Okay last month busy dengan raya je sebenarnya hewhew ha banyak
naw jemputan nak kena hadir kalah datin datin eceyh. So, let me share about my
raya ikut weeks.
Week 1
Raya with familia ~! So masa raya ke-3 & ke-4 lebih focus
untuk beraya with family la. Masa raya ke-3 family Kak Faezah aka bakal kakak
ipaq datang. So, ada la bincang2 itu ini untuk majlis nanti. Abang yang nak
kahwin aku plak excited dengar. Alhamdullilah dapat bakal kakak ipar pun
sekepala. Semoga dipermudahkan segala urusan la.
The next day, family
dari kampung datang ~! Haaaa barulah meriah sikit ~! And dalam masa yang sama
sambut birthday yang lahir bulan Jun. Tu siap ada kek secret recipe tu ha kau
plus pizza domina lagi ! So memang meriah la time ni semua sepupu ada. Biasanya,
dah besar2 ni memang susah nak berkumpul. Nanti ada la yang tak balik lagi la,
yang baru balik la. Aku je yang cuti sampai 5 bulan lol.
Weekend nya pulak, beraya sakan dengan kengkawan ~! Ha ni pun
memang nak kena tunggu raya baru la dapat berkumpul. Starting from 30/6, dalam
lepas zohor Saii ajak teman dia beraya di rumah Nina. Then, our adventure
continues to rumah Ipah. Kat sini baru jumpa dak2 laki. Boleh plak bertembung
dengan senior kitaorang sebab tu geng2 kakak Ipah. Dah makan, borak2 semua
sempat pulak main bean boozled lol. Tapi aku tak nak menanggung risiko la nak
try. Bean boozled ni dia ada beberapa warna cam gula2 tapi dia ada 2 version,
version sedap ngan version tak sedap rasa nak muntah. Ada telur busuk la, susu
basi la ha memang tak la aku nak try. Next, ke rumah aku ~! Lol aku memang saje
nak last supaya diaorang dah makan kenyang2 so rumah aku buat simple je. French fries + sos Bolognese & daging
cincang + cheese. Ni aku tertengok kat internet so saje je try. Baru letak
je habis alahai ~ Hahaha and bila kat rumah aku dah petang sikit barulah Adik,
Nadia and Wan datang. Sebab ni hari Jumaat. Depa ni dari jauh so ramai2 lepak
kat rumah aku, berselfie la boomerang la lol sampai malam ah jugak.
The very next day pulaaaaa ~ Ni la adventure yang paling best
la aku rasa. So, sebab dia hari Sabtu, pagi tu aku belajar memandu dulu. And
then, dalam pukul 11 pergi rumah Haziq. Nasib baik rumah dia dekat hihi. Time
ni dah ada dalam 12 orang la jugak. 6 lelaki 6 perempuan. Dalam lepas zohor
kitaorang gerak sebab tunggu Adik, dia pun ada kelas driving tapi habis lambat
sikit. Ipah pun ada sebab rumah kitaorang memang dekat2 tapi dia ada sekejap je
sebab dia dah nak baik Terengganu huhu. Kesudahannya tinggal la 11 orang. Destinasi
seterusnya ke rumah Syu kat Shah Alam. Lama gila plan like mula2 nak naik bas
tapi macam leceh, nak naik uber tapi mahal la pulak. Last2 Haziq drive yeayyy
<3 Dah la kereta bapaknya beso, memang sumbat ah semua dalam 9 orang, lagi 2
naik motor. Ni memang first time la kitaorang nak pergi rumah Syu sebab jauh,
memandangkan kami dah besar and ada yang dah ada lesen memang panjang la
langkah nak beraya tu.
Sampai2 rumah Syu, kitaorang pun makan solat apa semua borak,
tanya khabar, selongkar bilik dia hehe first time datang en. Lepastu Jan
datang, dia baru balik dari rumah sedare dia. So sekarang dah ada 2 kereta.
Lepastu Adik cakap “Kalau macam ni, sampai rumah saya pun boleh” Adik ni baru
pindah ke Semenyih ha nak sampai ke Negeri Sembilan dah. Kitaorang pun on je
Adik pun roger mak dia, mak dia pun bagi green light tapi planning kitaorang ke
rumah Ban dulu. Dalam sejam rasanya dari rumah Syu. Dalam pukul 6 rasanya sampai rumah Ban. Ban
pun baru pindah, so first time jugak la pergi rumah dia. Memang lawa gila la
rumah goals gitu. So aktiviti yang sama, makan, solat and borak2. Yela memang
masing2 lama tak jumpa. Lepastu bergerak lah ke destinasi seterusnya iaitu
rumah Adik. Sampai rumah Adik pun dalam pukul 8 la jugak. Mak Adik ni sangat
friendly, kitaorang sampai kat pintu dia terus ingat nama sorang2. Terharu
kitaorang tu gigih datang walaupun jauh. So repeat the process makan and borak2
semua. Tapi dekat 2 jam jugak la, sebab parents dia memang friendly. Rasa macam
pergi rumah sedare pun ada ha gitu. So dalam pukul 10 barulah kitaorang balik.
Banyak lagi nak cerita tapi sampai di sini sahaja la hehe.
Esoknya, Tehah buat open house. Dia tak dapat join yang
semalamnya tu, so aku and Nani pun pergi rumahnya. Ha kami bertiga ni kalau dalam
kelas memang kaki borak la, time exam kitaorang sebaris so memang banyak la
throwback2 semua. Tehah ni lama jugak tak jumpa rasa memang last time espiyem
tu ja. Memang bersyukurla dapat kumpul2 balik. Tak sangka panjang pulak post kali ni. Haaa nanti baca part 3
pula ya. Jangan lupa follow ~!
~ To be continue ~
Sekian.
Part 1 ~ Part 3
Monday, 26 June 2017
Salam Aidilfitri 2017 ~!
Hye Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya lagi sekali ~! Ha punyalah bosan duduk kat rumah siap sempat buat 2 post lagi. So, raya tahun ni memang 100% raya kat rumah kat KL je huhu. Tapi takpe sebab niatnya tahun depan nak beraya besar besaran sikit sebab nak menyambut orang baru hehe insyaAllah ^_~
So, temanya kalau ikutkan baju baru tempah warna purple sebab tema kahwin nanti warna purple tapi malam raya tu ayah cakap nak pakai baju hijau pulak nak pergi sembahyang raya. So, aku and ibu pun tukar la plan pakai baju hijau and baju aku pakai ni baju zaman form 2 kiranya tahun 2012 tau ! Ha nampak tak maintain tak besar hehe. Tapi sebenarnya zaman sekolah memang baju semua besar besar nak kasi tahan lama. Punya lah lama dah 5 tahun pun still muat lagi. Jimat pun jimat gitu.
Alhamdullilah raya pertama family belah ayah datang raya kat rumah so, meriah sikit la. Aku bukan anak tunggal ok lol ada je abang 2 tapi dua2 kerja plak masa raya and diaorang memang malas nak join ambik2 gambar semua so redha je lah gambar bertiga. Seriously, gambar berlima masa aku darjah 3 je huhu. Takpelah harapnya masa kenduri nanti dapatlah gambar family ramai ramai.
Alhamdullilah, raya ni dapatlah masak 4 juadah ni ha. Lodeh, Daging Dendeng, Serunding Daging dan Rendang Ayam. InsyaAllah, nanti akanku sharekan resipi resipinya ya ~!
LAST BUT NOT LEAST ~! Alhamdullilah rezeki dapat Sampul Raya daripada www.papaglamz.com sebab join Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz ^o^ Dapatlah Kakak Farah bagi duit raya kat adik sepupu hakak dah lah warna pink uolls ~! Rasa macam nak bagi duit raya kat diri sendiri pun ada lol. Korang pun boleh lah follow Papa Glamz sebab banyak gila segmen, resipi, travelog dan macam macam adooo ha macam astro plak. So, you guys can check it out ^_~
Sekian sahaja post raya ni, jangan lupa follow nanti akanku share banyak lagi resipi2 and story mory hehe. Thanks <3
Resipi Chocolate Chip Cookies
Hye Assalammualaikum semua and Selamat Hari Raya Ke-2 ~! Alhamdulllah harini free sikit tak gi raya and takde orang datang raya lol ada lah masa sikit nak mengupdate blog ha walaupun agak terlambat untuk share resipi biskut raya tapi takpe kot berguna untuk raya tahun depan ke kan. So, chocolate chip cookies ni ada banyak gila version. So, ini version aku belajo kat UiTM. Ada la saing saing famous amos ha gitu.
Aku tambah walnut dengan almond nak kasi sedap lagi la ada rasa crunchy. So, ikut kreativiti memasing nak pakai white chocolate ke apa ikut suka hati. And aku ada tambah oats jugak ha berkhasiat sikit gitu.
Cara nak meletak tu pun main peranan yang penting. So aku sarankan buat kecik kecik je and then bulat2kan so dia akan ranggup. Kalau buat besar besar dia akan jadi macam chipsmore. Tapi ikut suka hati la nak beso ke kecik ke anda boleh bereksperimen sendiri okey ~! Selamat mencuba ^_~
Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah.
Sekian, terima kasih <3
Sunday, 25 June 2017
Resepi Cornflakes Madu
Hye, Assalammualaikum & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~! Minta maaf sangat sangat tak dapat nak share resipi ni sebelum raya sebab memang busy gila dengan preparation raya. Tapi kuih Cornflakes Madu ni kuih yang paling simple gila gila budak 2 tahun pun boleh buat. Ha sesuai la jadi kuih raya last minit hehe.
Ada orang pakai madu, tapi golden syrup ni pekat sikit so dia melekat lagi la. And resipi tu basic sahaja, kalau nak tambah apa pun boleh. Tambah koko crunch ke badam ke chocolate chip ke pun lagiiii sedaaappp ~! Macam aku as penambah rasa and deco aku guna chocolate rice dengan sugar icing punya deco, so nampak meriah sikit gitu.
Sekian, terima kasih <3
Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah. Selamat Mencuba ~!
Tuesday, 20 June 2017
Resepi Butter Cookies
Hye, Assalammualaikum ~! Farah kembali bersama resipi kuih raya yang kedua iaitu Butter Cookies ~! Okay resipi ni aku belajar kat UiTM ha ni pun antara yang basic la and terpulang nak tambah tolak darab bahagi apa apa yang anda mahukan.
Okay so yang ini aku guna method piping nombor '8'. Tapi kalau korang nak buat bolat ke bunga macam dahlia ke ulat beluancas ke ha ikut kreativiti memasing. Sebelum bakar aku letak macam sugar decoration bentuk love nak letak cherry ke apa pun boleh and lepas dah bakar tu aku sprinkle gula so nampak shiny blink blink gitu. So, kalau nak kurangkan gula dalam resipi pun tak ada masalah. Yang penting jangan overmix ! Tak pakai mixer pun takpe pakai seduk kayu pun boleh.
Kalau korang betul2 ikut resipi dia pergh rasa dia saing saing dengan biskut dalam tin biru tu ha. Alaa yang mahai tu haha. Ada rasa susu berlemak tu pergh mantop. Lagi lagi time panas panas la memang sedap gila cicah teh ke kopi ke memang sodap aihhhhh ~! ^o^
Sekian, terima kasih <3
Okay so yang ini aku guna method piping nombor '8'. Tapi kalau korang nak buat bolat ke bunga macam dahlia ke ulat beluancas ke ha ikut kreativiti memasing. Sebelum bakar aku letak macam sugar decoration bentuk love nak letak cherry ke apa pun boleh and lepas dah bakar tu aku sprinkle gula so nampak shiny blink blink gitu. So, kalau nak kurangkan gula dalam resipi pun tak ada masalah. Yang penting jangan overmix ! Tak pakai mixer pun takpe pakai seduk kayu pun boleh.
Kalau korang betul2 ikut resipi dia pergh rasa dia saing saing dengan biskut dalam tin biru tu ha. Alaa yang mahai tu haha. Ada rasa susu berlemak tu pergh mantop. Lagi lagi time panas panas la memang sedap gila cicah teh ke kopi ke memang sodap aihhhhh ~! ^o^
Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah.
Sunday, 18 June 2017
Resipi Biskut Arab
Hye, Assalammualaikum ~! Resipi pertama yang akan aku share ialah Biskut Arab ! Ini kuih favorite nenek aku so memang tiap tahun ada la. Resipi kat bawah ni resipi ibu and ni kira paling basic la ha 3 bahan je. Tapi macam macam yang korang boleh tambah lagi nak lagi sedap rasanya ^_~
Secret ingredient (tapi dah tak secret la)
Aku letak kacang kat dalam dia haaa dia ada rasa macam biskut makmur la jugak. Then, dah bakar tu panas panas aku gaulkan dalam gula. Lastly aku letak cherry on top ha gitu baru macam comel jer.
Tahun lepas aku buat 3 color. Putih, merah dan hijau. Lepas dah uli tu asing kepada 3 bahagian. Untuk yang merah campur sirap la and yang hijau campur pandan. Lastly masa nak bulatkan tu cuit putih sikit, merah sikit, hijau sikit lepastu baru bulatkan jadi la macam corak marble gitu.
Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah.
Sekian, terima kasih <3
Kuih Raya Collection 2017 ~!
Hye, Assalammualaikum semua ~! Lagi seminggu je lagi nak raya and mesti ramai sekarang ni tengah buat kuih raya or maybe kuih tunjuk jer ~ (beli). Tapi bagi aku, aku lagi prefer buat kuih sendiri.
Firstly, the budget is way lower and you will get more. Aku buat 4 jenis kuih and each dapat dalam 100 pieces la plus minus under RM50 je ! Ha yang jual tu ada dalam RM25 untuk 25 biji. Rasa tak tau lagi sedap ke tak haaaa. Secondly, moment buat kuih raya ni la kira antara bittersweet moment dengan family. sambil gentel2 tu duk bercerita la curi curi makan la gaduh la penat la ha masa kecik2 dulu sampai nangis2 lol and this kind of thing la yang aku sangat sangat rindu and nanti nantikan each time nak raya. Lagi satu, bila buat kuih raya sendiri ni, macam mana silap sekalipun CONFIRM SEDAP ! DIJAMIN !! melainkan hangus ha tu tak dapat eden nak nolong. Tapi bascially kalau macam terkurang butter ke terlebih tepung ke apa cuma dia akan tak naik ke atau terlebih kembang sikit ke macam tu je la tapi bab rasa mesti lagi sedap dari beli. Sebab apa? Air tangan dan kasih sayang diri sendiri tu takde tolak bandingnya ha gitu and lastly sebab yang aku paling suka buat kuih raya sendiri is dapat rasa time dia keluar dari oven haa takyah tunggu keluar oven la time dalam oven tu pun bau harum semerbak perghh sebab tu aku gigih tak tidur buat memalam kalau buat time siang ha makruh puasa beb.
Tapi aku tak kata apa la kepada yang selalu beli je kuih ni sebab maybe ada peniaga yang memang jual kuih yang sedap and uolls takde masa nak buat sendiri. But for me, at least try la buat satu dua jenis kuih and then you will feel the difference.
Okay so tahun ni aku buat 4 jenis, biskut arab, butter cookies, cornflake madu and chocolate chip cookies. Don't worry ~ I will share the recipe with you guys so stay tune ~!
AND ANOTHER THING I WANT TO SHARE !
Maybe ada yang tak perasan lol tapi kini blog ku berwajah baru ~!
Sebelum
Selepas
Lebih kurang je sebenarnya I'm noob huhu. But you can share what do you think so that I can improve ~!
Wednesday, 7 June 2017
Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz
Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!
Syarat-syarat
Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)
SELAMAT BERSEGMEN
#RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia
Senarai barang yang akan dibeli di SGShop kalau menang shopping credit RM 100.
1. You Think UKISS Ke 7 Pack Portable Makeup Brush Set Makeup Makeup Beauty Tool Kit.
2. Women's Sweater Cardigan Jacket Female Female Korean Loose Sweater In Spring And Autumn Spring 2017 Female New Tide
3. Love Korean Rose Gold Bracelet Hand Shape Fashion Jewelry Bracelets Opal Lady Multi Purple Crystal Bracelet
4. South Korea All-Match Diamond Ring Opening Decorative Zircon Female Personality Fashion Trendsetter Small Jewelry Ring Finger
5. Plug In Electric Heating Electric Cooking Lunch Box Double Mini Lunch Box Post Small Stainless Steel Cooker
Haaa kan dengan RM100 boleh beli 5 barang ni haaaaa and majoriti warna pink ^w^
InsyaAllah kalau ada rezeki ^_^ Memang rambang la mata explore SGShop ni. Kalau korang nak cuba nasib juga apa salahnya, click je kat banner tu ha ~ Good Luck ^_~
Subscribe to:
Posts (Atom)