Sunday, 20 August 2017

Salam Aidilfitri 2017 Part 3 ~!

Hai, Assalammualaikum ~! Continuing my Raya adventure with kengkawan yuaitiyem.

The first part is 9/7. The day before that, Mimi & Niso ambik aku dekat Masjid Jamek so aku kesana naik lrt je la. Syukur nikmat betul ada kawan yang dah boleh drive. So, Mimi yang drive tapi kitaorang ke Jalan TAR dulu nak shopping raya. Aku menahan nafsu jugaklah tapi sangkut beli jugak skirt sehelai hihi. Dalam 2 jam shopping, makan kitaorang pun menuju ke rumah Niso di Kuang. Sampai2 rumahnya rehat2 and mula merewang. Esoknya Niso buat open house, so kedatangan kami ni nak membantu la apa apa yang patut tapi mak dia memang supermom betul. Kitaorang buat yang dessert (Brownies + Fruit Tart + Cream Puff), maknya buat main course (Nasi Dagang + Laksa) and in the same time mak dia buat tempahan kuah mi udang. Like omaigod dalam masa sehari je, memang idola sis la <3 Kitaorang pulak dekat 1 pagi bertungkus lumus nak menyiapkan dessert2 nya. Esoknya prepare semua, tengah2 duk menghias bagai dah ada orang datang. Ha berlari la kitaorang naik bilik nak tukar baju lol.

Lepastu, aku terus pergi stesen KTM, Mimi ngan Niso hantar, nak ke KL Sentral pulak nak jumpa Aida untuk ke rumah Siti di Putrajaya. Ha kau pusing 1 Keyyel time2 raya. Sampai KTM Serdang jumpa Wan pulak. Then, kami bertiga naik teksi ke rumah Siti (melayang rm40+ ) nasib baik bertiga. Ayah Siti punya daging dendeng memang legend. Bukan setakat legend memang banyak kenangan la daging dendeng tu. Masa sem 1, bilik aku dengan Siti dekat. Then, ada satu hari tu aku lalu bilik dia pastu ngadu la lapar lol. Lepastu kitaorang 2 makan daging dendeng dengan roti. SEDAP GILA SAMPAI SEKARANG INGAT RASANYA ! Sampai sampai je dia kenalkan aku kat ayah dia “Ha dia ni la yang suka gila dengan daging dendeng ayah” LOL Dia sanggup panaskan semangkuk daging tu khas untuk kitaorang je. TERHARU! Dah makan, borak, ambil gambar semua baru kitaorang tau rumah dia dekat dengan LRT Puchong Perdana and then tukar lane Putra Height pulak. Naik grab sampai sana baru RM12 and then aku turun dekat LRT Universiti, ayah ambik pergi ke destinasi ketiga iaitu rumah Nadia pulak ~ Sampai je rumah Nadia tinggal Saii dengan Tehah je. Tinggal berempat je pun makin sakan berborak nya. Masih lagi aktiviti yang sama, makan, borak and ambik gambar hehe tapi time ni pun dah dekat maghrib huhu so terpaksa la balik awal sikit. End of the first part.



The second part 17/7. Ni kira the last open house la. Rumah Aida pula, tak berapa jauh dari rumah aku. So, ayah hantar sampai blok rumah dia. Jumpa Siti kat sana and lagi sorang student UiTM jugak. Same steps, makan, borak and ambik gambar. Tapi Siti sampai awal, so, dia balik dulu. So tinggal aku tapi berkenalan juga dengan kawan Aida. Borak2 & makan2 lagi and then ayah pun sampai. Gambar kitaorang buat love tu comel gila kbye hihi.

Ini sahaja lah coretanku tentang raya 2017 ~

Alhamdullilah, banyak kenangan terbina. Walaupun buat benda sama je, like makan, borak and ambik gambar, tapi each person and each house have their own memories. Lagi satu bila orang jemput datang rumah, kalau boleh datang, datang! Kalau tak boleh, BAGITAU AWAL! I had read a post and ayat dia “Macam mana bila kau dah siap preparation nak kahwin, sehari sebelum kahwin tunang kau mintak putus? Macam tu la perasaan tuan rumah dah hias rumah, masak tapi tetamu last minit tak datang". Sedih weyh.

In the other hand, as tuan rumah. Ada pula post tentang kawan ni datang lambat, bila dia sampai makanan dah habis, and then tuan rumah halau dia balik. Like seriously?! Orang dah susah susah datang you kena sambut. Tetamu kan pembawa rezeki. Hidang air je pun ok. Orang faham, dia sendiri sedar yang dia dah lambat. Janganlah halau gitu terus.

Moral of the story, Raya once a year, celebrate it positively. Cuba selesaikan masalah sebaik mungkin. Kalau tuan rumah, masak kurang sedap ke, rumah biasa biasa ke, jangan nak kecam. Kita pun ada kekurangan kita. Apa yang kita nak is eratkan silaturrahim. Ok tak nak bebel panjang. Thanks for reading ^_~

No comments:

Post a Comment