Wednesday 20 November 2013

Rindu nak jadi cikgu...

Hai,  Assalammualaikum ~! ^^

So yeah.. Ni dah kenapa tiba-tiba nak rindu jadi cikgu ni.. Aku ni cikgu ke ? Hehe..

So sekarang ni, sempena cuti sekolah, sepupu aku darjah 2 ada duduk rumah aku ni.. Dah 3 hari dia kat sini. Hari-hari ibu aku paksa dia belajar. LOL.. Macam tulah aku masa kecik2 dulu, sebab tu lah boleh jadi pandai.. Ehh.. *angkat kening* 


Ok so, pagi tadi, sepupu aku tengah belajar matematik, tajuk darab. Aku kalau dah dengar perkataan matematik ni memang semangat sikit nak mengajar. Hehe. So aku pun join lah ibu dok mengajar dia sekali. Lepatu dia sangkut kat sifir 9. Aku pun ajar lah dia pakai teknik yang jari tu. Korang tau tak yang mana ? Tak tau ? Nanti call aku, aku jumpa hang, aku ajar.. LOL. Yang tutup satu jari tu apa semua kan. Lepas aku ajar tu dia terus faham. Siap dah hafal lagi. Lepastu aku ajar lagi satu teknik yang susun tu dari 0 sampai 9, lepastu terbalik kan dia, dari 9 sampai 0. Paham tak ? Tak ? Call lah saya ~ Hehe. Tak segan betul. Lepastu dia pun sambung dengan hati yang gembira. Eceyh aku tak tau pun sebab lepas aku ajar aku terus pergi sekolah.

So yeah, tu lah aku tiba-tiba teringat masa sebelum PMR haritu. Lagi-lagi bila time Math. Memang meja aku jadi kaunter pertanyaan. Tapi serius aku cakap. Aku rasa happy gila bila diaorang tanya aku and bila aku dah ajar diaorang lepastu diaorang faham, rasa puas hati dan gembira tu tidak terungkap. Contohnya Fatehah, Nabila, Nadia, Izzati, Dania, Hafizan, Epul dan semua orang yang aku pernah ajar, bila diaorang tanya soalan kat aku.. lepas aku ajar & dia dah faham, dia ajar yang lain pulak. Rasa macam anak murid yang aku ajar ni jadi pandai tau. Tau tak bertapa bangga nya rasa dia ? Tak tahu ? Cuba try ajar orang. Mesti akan rasa kepuasan tu bila dia dah faham apa yang kita ajar. XD

Kesimpulannya disini, saya ingin mengatakan bahawa jika anda mengajar seseorang itu, dan orang itu memahaminya dan mengamalkannya, anda tidak akan rugi, malah anda mendapat pahala berlipat ganda dan ilmu anda juga akan bertambah serta ingatan anda lebih kuat dan mantop !

Sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat.

Ceyhh kesimpulan aku bukan main poyo lagi, macam buat karangan pulak satu ayat je pun tu. Tapi itulah yang aku nak cakap kat korang ni. Ajarlah adik, sepupu, kawan, abang, kakak dan sesiapa sahaja. Korang ajar ABC 123 tu sampai ke tua diaorang pakai ilmu yang korang ajar. Rugi ke ? Tak luak pun ilmu korang tu. Tak rugi apa pun, Jangan risau ~

Sampai disini sahajalah ya ~ Bye, Assalammualaikum ~! ^^ Thanks for reading.

Saturday 16 November 2013

Buat baik... Apa salahnya ?

Hai, Assalammualaikum ~! ^^

Wahh.. Dah lama sudahku tidak mengupdate blog ini.. Maaflah ya, saya busy ~ XD
So, hari ni ada banyak kenduri kat rumah. Cukur jambul, Kahwin, Sunat, Doa selamat dan yang sewaktu dengannya... 



Dalam pukul 4 tadi, ibu aku pun dah balik dari kenduri2 tu semua.. Kami pun berborak lah bersama ~ Ahakss.. Dalam borak2 tu ibu aku ada jugak pesan..

“Farah, nanti dah besar buat baik dengan orang. Buat baik balas baik. Kalau jahat dengan orang, orang pun tak suka dekat kita.”

Dulu ibu aku pernah cerita...

Zaman dulu, ibu pergi kerja naik bas. Time tu tambang bas 50 sen je. Ada satu hari ni, dalam bas yang ibu naik, driver bas tu marah sorang mak cik ni. Dia tak cukup 10 sen. So, ibu malas lah nak tengok diaorang gaduh2 ibu belanja lah mak cik tu. Lagipun ada ke patut driver bas tu suruh mak cik tu turun sebab tak cukup 10 sen, dah lah mak cik tu nak pergi kerja. Time tu ibu muda lagi tak kawin lagi. Lepastu, ibu cakap adalah ‘haritu’ mak cik tu jumpa ibu. Mak cik tu pun cakap “ Terima kasih lah sebab kau tolong aku dulu, kalau tak... mesti aku dah kena buang kerja.” Masa ibu cerita ni ibu cakap benda tu jadi bertahun2 dulu, sampai sekarang mak cik tu still ingat lagi.

So yeah, di sini aku nak cakap yang benda baik yang kecil ni pun sangat bermakna kat orang yang kita tolong. Ada sampai boleh ubah kehidupan seseorang tau.. Cuba bayangkan kalau ibu tak tolong mak cik tu, lepastu dia kena turun bas, lepastu dia lambat pergi kerja, lepastu dia kena buang kerja.. Kan hidup dia dah susah..
So, tak salah pun buat baik. Dapat pahala lagi adalah! Buat baik dibalas baik. Mana tahu kita tolong orang susah, bila kita susah orang lain tolong kita pulak.

We get what we gave.

Sampai disini sajelah ya... Bye bye ~ Assalammualaikum !!^^ Thanks for reading !

Friday 18 October 2013

PMR ? Dah habis ~!!!!

Hai, assalammualaikum ~! ^^



8 Oktober ~! Berakhirlah perjuangan Batch 98's.. ^O^ Okay dah 10 hari berlalu, akhirnya dah tak perlulah nak fikir dah belajar ke belum. Leganya.

Jadi, biasalah sebelum PMR to-do list aktiviti lepas PMR mesti panjang berjela, nak buat itu, nak buat ini. Tapi bila dah lepas PMR, rasa bosan tak tahu nak buat apa. :D

Sehari lepas PMR ibu ngan ayah terus bawak pergi Cameron, 2 hari kat sana pergi Ipoh pulak, lepastu pergi rumah Mak Ngah. Bestt ~!

Tapi kan sekolah pun biasanya banyak aktiviti yang diadakan. 
Hari Rabu lepas ada penyembelihan ayam, dah lepas sembelih masak ayam masak merah. Sedapppp ~
Hari Khamis pulak ada ExploreRace. Jadi fasi dengan Saidatul, Nabila, Izzati, Dania, Adik, Ridzuan, Ainnur, Epul, Laily, Ammar, Bob, Hafizan, Izwan ngan Kamarul. Siapa salah, kena Denda ~~!
Hari ni pulak lepak rumah Nadia. Fangirl bersama ~ Dengan pertolongan Nadia, akhirnya dapat jugak menyiapkan first chapter untuk fanfic ~!! 

Ini jelah pun apa aktiviti yang aku buat seminggu lepas PMR. Banyak masa lagi ~ Jeng jeng. Mesti banyak lagi aktiviti yang boleh buat. ^O^

Sampai disini sajelah ya ~ Bye ~!! ^_^