Hai, Assalammualaikum ~! Ha sebulan menyepi akhirnya saya
kembali hihi. Okay last month busy dengan raya je sebenarnya hewhew ha banyak
naw jemputan nak kena hadir kalah datin datin eceyh. So, let me share about my
raya ikut weeks.
Week 1
Raya with familia ~! So masa raya ke-3 & ke-4 lebih focus
untuk beraya with family la. Masa raya ke-3 family Kak Faezah aka bakal kakak
ipaq datang. So, ada la bincang2 itu ini untuk majlis nanti. Abang yang nak
kahwin aku plak excited dengar. Alhamdullilah dapat bakal kakak ipar pun
sekepala. Semoga dipermudahkan segala urusan la.
The next day, family
dari kampung datang ~! Haaaa barulah meriah sikit ~! And dalam masa yang sama
sambut birthday yang lahir bulan Jun. Tu siap ada kek secret recipe tu ha kau
plus pizza domina lagi ! So memang meriah la time ni semua sepupu ada. Biasanya,
dah besar2 ni memang susah nak berkumpul. Nanti ada la yang tak balik lagi la,
yang baru balik la. Aku je yang cuti sampai 5 bulan lol.
Weekend nya pulak, beraya sakan dengan kengkawan ~! Ha ni pun
memang nak kena tunggu raya baru la dapat berkumpul. Starting from 30/6, dalam
lepas zohor Saii ajak teman dia beraya di rumah Nina. Then, our adventure
continues to rumah Ipah. Kat sini baru jumpa dak2 laki. Boleh plak bertembung
dengan senior kitaorang sebab tu geng2 kakak Ipah. Dah makan, borak2 semua
sempat pulak main bean boozled lol. Tapi aku tak nak menanggung risiko la nak
try. Bean boozled ni dia ada beberapa warna cam gula2 tapi dia ada 2 version,
version sedap ngan version tak sedap rasa nak muntah. Ada telur busuk la, susu
basi la ha memang tak la aku nak try. Next, ke rumah aku ~! Lol aku memang saje
nak last supaya diaorang dah makan kenyang2 so rumah aku buat simple je. French fries + sos Bolognese & daging
cincang + cheese. Ni aku tertengok kat internet so saje je try. Baru letak
je habis alahai ~ Hahaha and bila kat rumah aku dah petang sikit barulah Adik,
Nadia and Wan datang. Sebab ni hari Jumaat. Depa ni dari jauh so ramai2 lepak
kat rumah aku, berselfie la boomerang la lol sampai malam ah jugak.
The very next day pulaaaaa ~ Ni la adventure yang paling best
la aku rasa. So, sebab dia hari Sabtu, pagi tu aku belajar memandu dulu. And
then, dalam pukul 11 pergi rumah Haziq. Nasib baik rumah dia dekat hihi. Time
ni dah ada dalam 12 orang la jugak. 6 lelaki 6 perempuan. Dalam lepas zohor
kitaorang gerak sebab tunggu Adik, dia pun ada kelas driving tapi habis lambat
sikit. Ipah pun ada sebab rumah kitaorang memang dekat2 tapi dia ada sekejap je
sebab dia dah nak baik Terengganu huhu. Kesudahannya tinggal la 11 orang. Destinasi
seterusnya ke rumah Syu kat Shah Alam. Lama gila plan like mula2 nak naik bas
tapi macam leceh, nak naik uber tapi mahal la pulak. Last2 Haziq drive yeayyy
<3 Dah la kereta bapaknya beso, memang sumbat ah semua dalam 9 orang, lagi 2
naik motor. Ni memang first time la kitaorang nak pergi rumah Syu sebab jauh,
memandangkan kami dah besar and ada yang dah ada lesen memang panjang la
langkah nak beraya tu.
Sampai2 rumah Syu, kitaorang pun makan solat apa semua borak,
tanya khabar, selongkar bilik dia hehe first time datang en. Lepastu Jan
datang, dia baru balik dari rumah sedare dia. So sekarang dah ada 2 kereta.
Lepastu Adik cakap “Kalau macam ni, sampai rumah saya pun boleh” Adik ni baru
pindah ke Semenyih ha nak sampai ke Negeri Sembilan dah. Kitaorang pun on je
Adik pun roger mak dia, mak dia pun bagi green light tapi planning kitaorang ke
rumah Ban dulu. Dalam sejam rasanya dari rumah Syu. Dalam pukul 6 rasanya sampai rumah Ban. Ban
pun baru pindah, so first time jugak la pergi rumah dia. Memang lawa gila la
rumah goals gitu. So aktiviti yang sama, makan, solat and borak2. Yela memang
masing2 lama tak jumpa. Lepastu bergerak lah ke destinasi seterusnya iaitu
rumah Adik. Sampai rumah Adik pun dalam pukul 8 la jugak. Mak Adik ni sangat
friendly, kitaorang sampai kat pintu dia terus ingat nama sorang2. Terharu
kitaorang tu gigih datang walaupun jauh. So repeat the process makan and borak2
semua. Tapi dekat 2 jam jugak la, sebab parents dia memang friendly. Rasa macam
pergi rumah sedare pun ada ha gitu. So dalam pukul 10 barulah kitaorang balik.
Banyak lagi nak cerita tapi sampai di sini sahaja la hehe.
Esoknya, Tehah buat open house. Dia tak dapat join yang
semalamnya tu, so aku and Nani pun pergi rumahnya. Ha kami bertiga ni kalau dalam
kelas memang kaki borak la, time exam kitaorang sebaris so memang banyak la
throwback2 semua. Tehah ni lama jugak tak jumpa rasa memang last time espiyem
tu ja. Memang bersyukurla dapat kumpul2 balik. Tak sangka panjang pulak post kali ni. Haaa nanti baca part 3
pula ya. Jangan lupa follow ~!
~ To be continue ~
Sekian.
Part 1 ~ Part 3
No comments:
Post a Comment