Hye Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya lagi sekali ~! Ha punyalah bosan duduk kat rumah siap sempat buat 2 post lagi. So, raya tahun ni memang 100% raya kat rumah kat KL je huhu. Tapi takpe sebab niatnya tahun depan nak beraya besar besaran sikit sebab nak menyambut orang baru hehe insyaAllah ^_~
So, temanya kalau ikutkan baju baru tempah warna purple sebab tema kahwin nanti warna purple tapi malam raya tu ayah cakap nak pakai baju hijau pulak nak pergi sembahyang raya. So, aku and ibu pun tukar la plan pakai baju hijau and baju aku pakai ni baju zaman form 2 kiranya tahun 2012 tau ! Ha nampak tak maintain tak besar hehe. Tapi sebenarnya zaman sekolah memang baju semua besar besar nak kasi tahan lama. Punya lah lama dah 5 tahun pun still muat lagi. Jimat pun jimat gitu.
Alhamdullilah raya pertama family belah ayah datang raya kat rumah so, meriah sikit la. Aku bukan anak tunggal ok lol ada je abang 2 tapi dua2 kerja plak masa raya and diaorang memang malas nak join ambik2 gambar semua so redha je lah gambar bertiga. Seriously, gambar berlima masa aku darjah 3 je huhu. Takpelah harapnya masa kenduri nanti dapatlah gambar family ramai ramai.
Alhamdullilah, raya ni dapatlah masak 4 juadah ni ha. Lodeh, Daging Dendeng, Serunding Daging dan Rendang Ayam. InsyaAllah, nanti akanku sharekan resipi resipinya ya ~!
LAST BUT NOT LEAST ~! Alhamdullilah rezeki dapat Sampul Raya daripada www.papaglamz.com sebab join Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz ^o^ Dapatlah Kakak Farah bagi duit raya kat adik sepupu hakak dah lah warna pink uolls ~! Rasa macam nak bagi duit raya kat diri sendiri pun ada lol. Korang pun boleh lah follow Papa Glamz sebab banyak gila segmen, resipi, travelog dan macam macam adooo ha macam astro plak. So, you guys can check it out ^_~
Sekian sahaja post raya ni, jangan lupa follow nanti akanku share banyak lagi resipi2 and story mory hehe. Thanks <3
No comments:
Post a Comment