Hai, Assalammualaikum ~!
Dalam post sebelum ni, aku dah cerita pengalaman aku time
belajar memandu.. and sekarang aku nak kongsi suka duka semasa menduduki test
JPJ ha jeng jeng jeng.
Pagi test tu memang bangun awal gila la tapi nervous dia, Ya
Allah sampai sekarang ingat lagi debaran tu ha gitu. So dalam 8 – 9 pagi la
mendaftar, giliran aku no 101. Hambik kau, nasib baik yang manual ada dalam 80+
orang. So aku dalam giliran ke 13 la untuk yang ambil auto. Lepastu ada
taklimat sikit lepastu termenung lol.
Bahagian ii (Ujian Litar)
Firstly start dengan buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan. So,
memang akan buat ramai – ramai and kau akan cakap sorang sorang. Untuk mengelakkan
markah banyak kena tolak, kau cakap je
kuat2 sampai JPJ dengar dengan konfiden nya. Biasanya, banyak markah kena
tolong sebab cakap perlahan JPJ tak dengar.
Then, bila dah settle.. Untuk yang auto akan buat ujian RAM,
so tunggu la giliran lagi. Dah settle ujian tu, free gear and tarik hand break nanti
orangnya akan settlekan.
Dah settle kat situ, termenung lagi tunggu kereta lol sebab
kereta auto tak banyak so redha je la banyakkan berzikir & selawat time ni.
Bila sudah tiba giliran anda, relax je bawak macam time belajar. Settlekan
bukit, parking, 3-pointer, S & Z. Alhamdullilah lulus, so dah lega ah
sikit.
Lepastu, termenung lageeyyyyyy. Adalah dalam 3 jam huhu. Dah
lah sebelum rehat tu dah nombor 99 lepastu rehat. Alahaaaaiiiiiii… K takpe
redho lagi.
Bahagian iii ( Ujian Jalan Raya )
Setelah 3 jam menunggu, akhirnya tiba giliranku. Aku perasan
yang orang sebelum aku tu gagal. Ha memang rasa nak terkencing ah time tu.
Dapat plak jpj perempuan. Jpj perempuan takde masalah sebenarnya, cuma diaorang
ni teliti sikit jadi berhati – hati lah di jalan raya ya anak anak. Okay so
buat lah Rutin Sebelum Memandu (RSM) semua apa yang dah belajar en. Baru je nak
masuk jalan besar and tukar lane, ha kau ada lori sebelah ha menggelabah aku
maklumlah trauma sebelum ni pernah accident kena langgar lori huhu. Then
keluarlah arahan yang breaks your heart lol “Pergi parking tepi” Paham2 la fail
dah tu. #SisRedho tapi dia takde marah pun lebihnya dia nasihat “Lain kali awak
kena macamni macamtu….. “ tapi tak dinafikan mengalir gak lah air mata huhu ~
~ 2 minggu kemudian ~
Tiba la masa untuk re test. Jujur cakap seminggu aku
kemurungan haha lagi seminggu tu memang berdebar nak matey ~ Dua hari sebelum
test ayah siap ajar lagi hoho.
Dugaan nak hadapi test, ayah nak hantar TIBA – TIBA tayar
pancit pulak. Ha memang jantung nak terkeluar time ni. Laju jalan pergi stesen
lrt, nasib baik dekat. Sampai2 memang dah panjang lah beratur, berzikir je aku
banyak2 time ni nak hilang gemuruh. Jika anda ambil ujian ulangan, sila la buat
apa yang anda dah buat masa first time ambil test. Kalau blur2 nanti tak pasal2
kena marah dengan jpj “Awak kan dah ambil sebelum ni”
So, adalah dalam 8 orang ambil ulangan, 2 orang je auto yang
lain semua manual. Tunggu punya tunggu, tiba giliran aku, dugaan kedua HUJAN!
Yang peliknya tu kereta manual, dengan cuaknya aku bagitau “Tapi encik, saya
auto.” Ha barulah dia perasan yang dia tersilap. Kena lah tunggu lagi huhu.
Tunggu punya tunggu hujan pun berhenti and tiba la masa yang
dinanti nantikan. Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar. Bila dah
settle semua memang bersyukur tak terhingga la ceritanya.
Barulah aku sedar
sebenarnya kebanyakkan orang yang aku
kenal pun ambil test 2 kali. Ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu. Apa
apa pun kalau gagal, kena bangkit. Memang cakap senang, tapi kita kena kuat
sebab semua orang hadapi benda yang sama. You are not alone ok ~!
Sekian sahaja untuk post kali ni. Terima kasih sudi baca.. Bye
~!
No comments:
Post a Comment