Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Monday, 26 June 2017

Resipi Chocolate Chip Cookies

Hye Assalammualaikum semua and Selamat Hari Raya Ke-2 ~! Alhamdulllah harini free sikit tak gi raya and takde orang datang raya lol ada lah masa sikit nak mengupdate blog ha walaupun agak terlambat untuk share resipi biskut raya tapi takpe kot berguna untuk raya tahun depan ke kan. So, chocolate chip cookies ni ada banyak gila version. So, ini version aku belajo kat UiTM. Ada la saing saing famous amos ha gitu.  


Aku tambah walnut dengan almond nak kasi sedap lagi la ada rasa crunchy. So, ikut kreativiti memasing nak pakai white chocolate ke apa ikut suka hati. And aku ada tambah oats jugak ha berkhasiat sikit gitu.

Cara nak meletak tu pun main peranan yang penting. So aku sarankan buat kecik kecik je and then bulat2kan so dia akan ranggup. Kalau buat besar besar dia akan jadi macam chipsmore. Tapi ikut suka hati la nak beso ke kecik ke anda boleh bereksperimen sendiri okey ~! Selamat mencuba ^_~

Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah. 

Sekian, terima kasih <3 

Sunday, 25 June 2017

Resepi Cornflakes Madu

Hye, Assalammualaikum & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~! Minta maaf sangat sangat tak dapat nak share resipi ni sebelum raya sebab memang busy gila dengan preparation raya. Tapi kuih Cornflakes Madu ni kuih yang paling simple gila gila budak 2 tahun pun boleh buat. Ha sesuai la jadi kuih raya last minit hehe.


Ada orang pakai madu, tapi golden syrup ni pekat sikit so dia melekat lagi la. And resipi tu basic sahaja, kalau nak tambah apa pun boleh. Tambah koko crunch ke badam ke chocolate chip ke pun lagiiii sedaaappp ~! Macam aku as penambah rasa and deco aku guna chocolate rice dengan sugar icing punya deco, so nampak meriah sikit gitu.

Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah. Selamat Mencuba ~!

Sekian, terima kasih <3

Tuesday, 20 June 2017

Resepi Butter Cookies

Hye, Assalammualaikum ~! Farah kembali bersama resipi kuih raya yang kedua iaitu Butter Cookies ~! Okay resipi ni aku belajar kat UiTM ha ni pun antara yang basic la and terpulang nak tambah tolak darab bahagi apa apa yang anda mahukan.


Okay so yang ini aku guna method piping nombor '8'. Tapi kalau korang nak buat bolat ke bunga macam dahlia ke ulat beluancas ke ha ikut kreativiti memasing. Sebelum bakar aku letak macam sugar decoration bentuk love nak letak cherry ke apa pun boleh and lepas dah bakar tu aku sprinkle gula so nampak shiny blink blink gitu. So, kalau nak kurangkan gula dalam resipi pun tak ada masalah. Yang penting jangan overmix ! Tak pakai mixer pun takpe pakai seduk kayu pun boleh.

Kalau korang betul2 ikut resipi dia pergh rasa dia saing saing dengan biskut dalam tin biru tu ha. Alaa yang mahai tu haha. Ada rasa susu berlemak tu pergh mantop. Lagi lagi time panas panas la memang sedap gila cicah teh ke kopi ke memang sodap aihhhhh ~! ^o^

Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah.

Sekian, terima kasih <3

Sunday, 18 June 2017

Resipi Biskut Arab

Hye, Assalammualaikum ~! Resipi pertama yang akan aku share ialah Biskut  Arab ! Ini kuih favorite nenek aku so memang tiap tahun ada la. Resipi kat bawah ni resipi ibu and ni kira paling basic la ha 3 bahan je. Tapi macam macam yang korang boleh tambah lagi nak lagi sedap rasanya ^_~ 


Secret ingredient (tapi dah tak secret la)

Aku letak kacang kat dalam dia haaa dia ada rasa macam biskut makmur la jugak. Then, dah bakar tu panas panas aku gaulkan dalam gula. Lastly aku letak cherry on top ha gitu baru macam comel jer.

Tahun lepas aku buat 3 color. Putih, merah dan hijau. Lepas dah uli tu asing kepada 3 bahagian. Untuk yang merah campur sirap la and yang hijau campur pandan. Lastly masa nak bulatkan tu cuit putih sikit, merah sikit, hijau sikit lepastu baru bulatkan jadi la macam corak marble gitu.

Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah.

Sekian, terima kasih <3

Kuih Raya Collection 2017 ~!


Hye, Assalammualaikum semua ~! Lagi seminggu je lagi nak raya and mesti ramai sekarang ni tengah buat kuih raya or maybe kuih tunjuk jer ~ (beli). Tapi bagi aku, aku lagi prefer buat kuih sendiri. 

Firstly, the budget is way lower and you will get more. Aku buat 4 jenis kuih and each dapat dalam 100 pieces la plus minus under RM50 je ! Ha yang jual tu ada dalam RM25 untuk 25 biji. Rasa tak tau lagi sedap ke tak haaaa. Secondly, moment buat kuih raya ni la kira antara bittersweet moment dengan family. sambil gentel2 tu duk bercerita la curi curi makan la gaduh la penat la ha masa kecik2 dulu sampai nangis2 lol and this kind of thing la yang aku sangat sangat rindu and nanti nantikan each time nak raya. Lagi satu, bila buat kuih raya sendiri ni, macam mana silap sekalipun CONFIRM SEDAP ! DIJAMIN !! melainkan hangus ha tu tak dapat eden nak nolong. Tapi bascially kalau macam terkurang butter ke terlebih tepung ke apa cuma dia akan tak naik ke atau terlebih kembang sikit ke macam tu je la tapi bab rasa mesti lagi sedap dari beli. Sebab apa? Air tangan dan kasih sayang diri sendiri tu takde tolak bandingnya ha gitu and lastly sebab yang aku paling suka buat kuih raya sendiri is dapat rasa time dia keluar dari oven haa takyah tunggu keluar oven la time dalam oven tu pun bau harum semerbak perghh sebab tu aku gigih tak tidur buat memalam kalau buat time siang ha makruh puasa beb.

Tapi aku tak kata apa la kepada yang selalu beli je kuih ni sebab maybe ada peniaga yang memang jual kuih yang sedap and uolls takde masa nak buat sendiri. But for me, at least try la buat satu dua jenis kuih and then you will feel the difference.


Okay so tahun ni aku buat 4 jenis, biskut arab, butter cookies, cornflake madu and chocolate chip cookies. Don't worry ~ I will share the recipe with you guys so stay tune ~!


AND ANOTHER THING I WANT TO SHARE !

Maybe ada yang tak perasan lol tapi kini blog ku berwajah baru ~!


Sebelum


Selepas

Lebih kurang je sebenarnya I'm noob huhu. But you can share what do you think so that I can improve ~!

Sunday, 27 November 2016

Kelas Kitchen (Salad and Salad Dressing)

Assalammualaikum ~! Bertemu lagi kita and hari ni aku teruskan dengan kelas kitchen ha cuti tinggal seminggu. Ada 12 topik semuanya harap harap sempatlah aku ceghita sampai ke sudah. Jadi kita teruskan dengan topik salad. Salad is actually a really fun very simple and healthy food. Maybe some of you fikir makan salad like kambing makan rumput kan? Tapi sebenarnya there’s many types of salad. Not just that leafy green stuff. And dulu pun aku suka buat salad but for me, I just bukak fridge tengok apa ada and just combine. But today! I want to share a few recipe of salad yohoo ~~

Sooo, salad. What is the definition of salad? It has always been a challenge to try and define the term salad. Basically, a salad is a mixture of raw and/or cooked ingredients served with a dressing or sauce. So dalam salad ada 2 basic dressing. Mayonnaise - Permanent emulsion & Oil and vinegar dressing (vinaigrette) – Temporary emulsion.

Mayonnaise -> sebiji egg yolk + secawan minyak + lemon juice + mustard + salt, sugar + pepper.  

Ha Nampak cam sonang je an. Egg  yolk tu whiskkan saat minyak tu kena kat dia. Ha yang payohnya hang whisk la dalam 3 – 5 minit TANPA HENTI pada KADAR KELAJUAN YANG SAMA! Mau tercabut tangan masa first time buat. But practice makes perfect ~!


Vinaigrette -> vinegar (1) : (3) oil {olive / corn} season a with salt and pepper and then add chopped onion and garlic


Salad teridiri daripada (4) parts of a salad § Base (Biasanya lettuce) § Body (Main Salad) § Garnish (Chopped bacon / parsley) § Dressing (Mayo/vinaigrette)





Dari kiri : Potato salad § Waldorf salad § Coleslaw § Chef’s salad §Caesar salad § Nicoise salad § Fresh Fruit Chantilly

Potato salad -> Peel boiled potato and diced + Chopped parsley + Mayo.

Waldorf salad -> Green & red apple diced + Celery + Chantily (one of anak mayo which is equal part of cream and mayo) + Walnut.

Coleslaw an example of accompaniment salad which means sesuai dimakan dengan something else-> Cabbage & carrot soaked with vinaigrette + salt ( garam + vinegar akan keluar air) + Mayo.

Chef's Salad -> Green salad + Carrot + Capsicum + Chicken + Cheddar cheese + Vinaigrette.

Caesar Salad -> Anchovies fillet hancurkan +Chopped garlic + Mayo + Roamn lettuce + Parmesan cheese + Bacon + Crouton.

Nicoise Salad sebut dia ‘nisua’ -> Green bean + Hard boiled egg + Tomato + Potato + Olive + Mixed green salad + Tuna + Anchovies fillet + Vinaigrette.

Fresh Fruit Salad -> Apple + Melon+ Grape + Strawberry + Banana + Chantily (used for fruits)

Yang bestnya salad ni bukan sahaja menyihatkan malah sangat colourful dan menarik untuk dimakan. To be honest, topik ni la topik favourite aku <3 Till we meet again ~!

Monday, 14 November 2016

Kelas Kitchen ( Breakfast )

Assalammualaikum, Halooo Farah kembali ~! Baik, kalini Farah nak ceritakan pasal breakfast plak. Lupa nak mention yang untuk sem 1 akan belajar Basic Western. So, basically ni breakfast western style la jangan bayangkan nasi lomak pulak ya ~

So ada 4 jenis breakfast, iaitu :
§ Continental Breakfast
§ American or English Breakfast
§ Breakfast Buffet
§ Brunch (Breakfast + Lunch)

Untuk breakfast western style ni, banyak gilaaaa pakai telurrrr. So memang minggu belajar breakfast ni makan telur je la jawapnya. Ada classmate Farah tu alergi telur. Kesian ~
Okay, let me story in detail about eggs.


Okay kita start dari luar which is the shell, kulit telur ni sangat fragile and mudah pecah la. Lagi satu yang penting tentang kulit telur ni ialah ia mudah menyerap bau dan flavor. Contoh paling senang telur pindang la, that’s why jangan letak telur dekat dengan benda yang kuat berbau seperti bawang. Another tips, nak simpan telur dalam peti ais kan, yang muncung kat atas yang gemok tu kat bawah. Kenapa? Sebab kat bawah tu ada air poket ada ruang udara, lagi besar ruang udara lagi kureng kualiti telur tu. So kalau letak terbalik, which means air pocket tu kat atas nanti lagi senang udara serap masuk dalam tu. Ha gitu, jadi terbalikkan dia.

Okay kita move on to egg white, so dalam egg white plak ada protein yang diberi nama albumin dan egg white mengandung sulfur. Next is chalazae, chalazae is the one that kekalkan kedudukan egg yolk. Tu yang bila buat sunny side up cantik je egg yolk kat tengah tengah. Lastly, egg yolk tinggi dengan lemak dan protein. Ia juga mengandungi ferum atau zat besi la dan di sini boleh berlakunya chemical reaction apabila telur overcook terutama nya telur rebus, ferum dalam egg yolk reacts with sulfur in egg white produce a green ring (iron sulfide) atau kelabu la kalau telur rebus orang kawin tu kan biasanya dekat telur kuning tu ada warna hijau kekelabu tu lah sulfur. Tak elok ! Tu menyebabkan kentut busuk !!  

So nak kelaskan telur ni ada dua cara iaitu melalui
Saiz, (Jumbo, extra large, large, medium, small, and pewee)
Grade (AA, A, and B) Okay grade ni contoh yang ketara, perasan tak putih telur tu ada yang pekat ada yag cair? Ha lagi pekat telur putih tu maknanya dia grade AA so makin cair makin kurang la grade dia.




So nak test freshness melalui touch, weight, sound, bouyancy or floatation test & dispersion test. Contohnya pada gambar di bawah.

Contoh - contoh egg cookery ialah frying (scrambled egg , omelet (plain and stuffed), sunny side up, over easy, over medium, and over hard) Nama je luxurious tapi senanya telur hancur, telur dadar ngan telur mata kerbau haha. Ok next is poaching (poached egg) and lastly, simmering (soft cooked 3 to 4 minutes - medium cooked 5 to 7 minutes - hard cooked 12 to 15 minutes) Ha, nak rebus telur jangan guna boiling water nanti egg shell crack.

So product yang kitaorang hasilkan ialah ~ Egg dishes, Cereals, Pancake, Waffle, French toast, Breakfast meat – bacon, ham, sausage, Fruit cutlets,  Hashed brown potatoes.






Minggu belajar breakfast ni adalah minggu terakhir puasa ha memang kenala dengan tajuk 'Break Fast' lol. Sorry sebab banyak sangat bebel tentang telur. For your information, kitaorang belajar teori in Food Studies and practical in kelas kitchen ni la. So it's like belajar dua kali memang seronok ~! ^o^ 

p/s : Saya belajar in english so sorry kalau bahasa rojak ya maaf. Dan kesemua ilmu ni saya kongsikan dari apa yang saya belajar for this sem. Semoga bermanfaat <3

Sekian sahaja untuk entry kali ini, sebarang pertanyaan boleh komen di bawah atau tweet/facebook dan juga boleh tanya di instagram ~!

Assalammualaikum ~!


Sunday, 13 November 2016

Kelas Kitchen ( Vegetable Cutting )

Assalammualaikum, Hai ! Okay hari ni aku nak share segala benda yang aku belajar dalam kelas kitchen. Sebab kelas kitchen is my favorite class for the whole semester haha. So, first thing first we learnt vegetable cutting. Allow me to explain moooorreeee about it ~!

Basic Culinary Skills

Vegetable Cutting

 

Okay so ada 3 basic shapes untuk vegetable cutting.
   1)      Strips (panjang – panjang)
a.       Chiffornade (halus – halus) : Kebiasaannya digunakan untuk garnish atau contoh lain macam untuk coleslaw.
b.      Julienne (3mm x 3mm x 3cm) : Yang ni sesuai untuk soups, garnish and stuffing. Dia tebal sikit dari chiffornade tapi lebih halus dari batonnet.
c.       Batonnet (6mm x 6mm x 6cm) : Kalau dalam gambar, batonnet ni kira potongan yang paling besar. Sesuai for vegetable accompaniment.

   2)       Dice (Dadu)
a.       Brunnoise *Brunoa sebutan dia* : So basically, brunnoise ni dari julienne tadi and dipotong  dadu.
b.      Paysanne (1cm x 1xm x 3mm) : Yang ni bentuk dia empat segi tapi nipis.

   3)      Turned (tournant) : Bentuknya oval atau kata sir bentuk bola rugby. YANG NI PALING SUSAH for me la. Masa belajo ada le jugak ghupenye tapi time exam, hampeh.

Additional cuts
§ Floret – cauliflower and broccoli aka yang bunga bunga la gitu.
§ Vichy – carrots YANG NI PALING SENANG ! Potong slice biasa je.


Chopping Vegetables = To cut up certain vegetables as finely or as roughly that is required.
The common ones are: 1. Chopped onion 2. Chopped garlic 3. Chopped parsley 4. Tomato concasse 

Aromatics Ingredients


1. Bouquet garni (yang kiri atas)
§ Thyme sprigs 1 sprigs § Leek 1 stem § Parsley stems 2-3 no § Celery 2 stalks § Bay leaf 1 pcs

2. Mirepoix : Ni kebiasaannya basic untuk masakan western. Contohnya untuk stock or soups. Beza white and red mirepoix hanyalah carrot.
§ Red mirepoix = Onions (2) : Carrots (1) : Celery (1)
§ White mirepoix = Onions (1) : Celery (1)

3. Sachet (bawah bouquet garni) : Ni macam sup bunjut la kiranya..
§ Bay leaf 1/2 – 1 pcs § Black peppercorn 4 – 5 nos § Cloves 1 nos § Parsley 5 gm

4. Onion piquet (studded onion) (yang kanan macam tikus lol) : Bay leaf diselitkan dalam onion and clove tu dicucuk.
 § Onion 1 nos § Bay leaf 1 pcs § Cloves 2 – 3 nos 

Yang bawah ini ialah Cauliflower Au Gratin. Senang je, bunga kobis tu direbus tapi jangan OVERCOOK! Kemudian toskan. Next, letak dalam baking pan dan tuangkan béchamel atau mornay sauce yang dipanaskan. Untuk sauce nanti aku cerita dengan detail dalam entry 'Sauce" ok?! After that, campurkan breadcrumbs and grated parmesan cheese. Lastly, bake at 350°F (175°C) dalam 20 minutes. Brown the top under the broiler or salamander. Tadaa ~! Takde rasa sayur pun ! Memang sedap la.. Lagi - lagi sir masak daging sekali memang perghhh!! Bila teringat pun boleh meleleh air liur hihi.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Ada apa apa soalan, komen sahaja di bawah atau tweetkan kepada @FarahAtiqah. Hehe promote twitter >w<. Semoga bertemu lagi ~! Assalammualaikum<3