Monday, 14 November 2016

Kelas Kitchen ( Breakfast )

Assalammualaikum, Halooo Farah kembali ~! Baik, kalini Farah nak ceritakan pasal breakfast plak. Lupa nak mention yang untuk sem 1 akan belajar Basic Western. So, basically ni breakfast western style la jangan bayangkan nasi lomak pulak ya ~

So ada 4 jenis breakfast, iaitu :
§ Continental Breakfast
§ American or English Breakfast
§ Breakfast Buffet
§ Brunch (Breakfast + Lunch)

Untuk breakfast western style ni, banyak gilaaaa pakai telurrrr. So memang minggu belajar breakfast ni makan telur je la jawapnya. Ada classmate Farah tu alergi telur. Kesian ~
Okay, let me story in detail about eggs.


Okay kita start dari luar which is the shell, kulit telur ni sangat fragile and mudah pecah la. Lagi satu yang penting tentang kulit telur ni ialah ia mudah menyerap bau dan flavor. Contoh paling senang telur pindang la, that’s why jangan letak telur dekat dengan benda yang kuat berbau seperti bawang. Another tips, nak simpan telur dalam peti ais kan, yang muncung kat atas yang gemok tu kat bawah. Kenapa? Sebab kat bawah tu ada air poket ada ruang udara, lagi besar ruang udara lagi kureng kualiti telur tu. So kalau letak terbalik, which means air pocket tu kat atas nanti lagi senang udara serap masuk dalam tu. Ha gitu, jadi terbalikkan dia.

Okay kita move on to egg white, so dalam egg white plak ada protein yang diberi nama albumin dan egg white mengandung sulfur. Next is chalazae, chalazae is the one that kekalkan kedudukan egg yolk. Tu yang bila buat sunny side up cantik je egg yolk kat tengah tengah. Lastly, egg yolk tinggi dengan lemak dan protein. Ia juga mengandungi ferum atau zat besi la dan di sini boleh berlakunya chemical reaction apabila telur overcook terutama nya telur rebus, ferum dalam egg yolk reacts with sulfur in egg white produce a green ring (iron sulfide) atau kelabu la kalau telur rebus orang kawin tu kan biasanya dekat telur kuning tu ada warna hijau kekelabu tu lah sulfur. Tak elok ! Tu menyebabkan kentut busuk !!  

So nak kelaskan telur ni ada dua cara iaitu melalui
Saiz, (Jumbo, extra large, large, medium, small, and pewee)
Grade (AA, A, and B) Okay grade ni contoh yang ketara, perasan tak putih telur tu ada yang pekat ada yag cair? Ha lagi pekat telur putih tu maknanya dia grade AA so makin cair makin kurang la grade dia.




So nak test freshness melalui touch, weight, sound, bouyancy or floatation test & dispersion test. Contohnya pada gambar di bawah.

Contoh - contoh egg cookery ialah frying (scrambled egg , omelet (plain and stuffed), sunny side up, over easy, over medium, and over hard) Nama je luxurious tapi senanya telur hancur, telur dadar ngan telur mata kerbau haha. Ok next is poaching (poached egg) and lastly, simmering (soft cooked 3 to 4 minutes - medium cooked 5 to 7 minutes - hard cooked 12 to 15 minutes) Ha, nak rebus telur jangan guna boiling water nanti egg shell crack.

So product yang kitaorang hasilkan ialah ~ Egg dishes, Cereals, Pancake, Waffle, French toast, Breakfast meat – bacon, ham, sausage, Fruit cutlets,  Hashed brown potatoes.






Minggu belajar breakfast ni adalah minggu terakhir puasa ha memang kenala dengan tajuk 'Break Fast' lol. Sorry sebab banyak sangat bebel tentang telur. For your information, kitaorang belajar teori in Food Studies and practical in kelas kitchen ni la. So it's like belajar dua kali memang seronok ~! ^o^ 

p/s : Saya belajar in english so sorry kalau bahasa rojak ya maaf. Dan kesemua ilmu ni saya kongsikan dari apa yang saya belajar for this sem. Semoga bermanfaat <3

Sekian sahaja untuk entry kali ini, sebarang pertanyaan boleh komen di bawah atau tweet/facebook dan juga boleh tanya di instagram ~!

Assalammualaikum ~!


No comments:

Post a Comment