Friday 11 October 2019

Pengalaman menduduki Malaysian University English Test (MUET) - Speaking Test

Hello, Assalammualaikum semua~
Apa khabar? Hehe banyak sebenarnya benda ingin saya kongsikan pada anda semua namun waktu ngan kerajinan kurang mengizinkan. Namun kini, akan saya gagahi juga kongsikan pengalaman saya menduduki Malaysian University English Test aka MUET yang sangat saya geruni sebenaqnyaaa. Semiga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada pembaca. 😁

First thing first, beli no pin MUET, through online boleh.

Yuran bagi pendaftaran MUET bernilai RM100! Plus caj perkhidmatan RM2 so total RM 102 ya sahabat handai.

Then, pergi pada link https://dapatpay.dapat.com/mpm , kemudian isi la nombor ic, nombor telefon dan emel. Pilih servis MUET -> Pendaftaran. And then ikut lah arahan diberikan nak bayar pakai bank ke kad kredit ke akhir sekali, mpm akan emelkan slip apa semua amd print la tanda bukti sah dah bayar yuran ha gitu.

Ok next step marilah kita berdaftar, iolls daftar together with Saidatul & Nadiatul #tulsisters. Video call during permohonan sebab nak dapat tempat sama, sekali dekat KL SEMUA FULL! Ah sudah. Jadi kami pun redha la dengan memohon di Melaka. Like literally Melaka, daerah Melaka Tengah. Memang tawakal habis haha. And the next moment kitaorang try buat balik dah full. Gilo ah. Jadi, berakhir sudah tempoh pendaftaran. Cara cara memohon tu pergi je dekat www.mpm.edu.my, pastu kalau hangpa sendiri sendiri tekan la persendiran amd follow je the steps.

Alright settle pendaftaran, menunggu la pula dia nak hantar slip pengesahan kat kita. Dekat sebulan lebih jugak la menunggu penuh debaran ha gitu sebab kitaorang tak tau lagi alamat kat mana! So, bila dah tiba masanya, dapat slip tu keluar la segala tarikh dan alamat yang penting. Sila la alert tarikh tarikh tu jangan terlepas weyhh rugi je. Kitaorang punya sesi 3. Speaking test 11 September and the rest 2 November. Harapnya sempatlah masuk degree UiTM Februari depan.. AMIN!

So, kami pun mengulangkaji MUET setiap hari Ahad. Mula mula gigih la ke library pastu kat rumah last last video call je lol tapi apa apa pun practise makes perfect! Seriously, like try la at least 2-3 soalan so that you can get use to the format and the timing and all. And a day before exam kitaorang pun tidur lah di Melaka.

Pada tarikh 11 September 2019, tepat jam 7.30 pagi di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Bukit Sebukor menjadi tempat kami menonjolkan speaking skill kami. Kemudian kami dimasukkan dalam bilik kuarantin sampai pukul 8. So, pengawas dia akan panggil nama sorang sorang untuk sign and tentukan anda candidate A,B,C atau D. A few minutes after that, pegawai peperiksaan dia datang explain the rules and keluarkan kertas soalan dari sampul dia like dalam 2-3 layer gitu nak tunjuk xde soalan bocor ah. 

So, antara rules nya. Mula - mula dia dah bagi siap siap siapa candidate A,B,C & D so duduk tempat yang sepatutnya. Firstly, dia akan bagi 2 minit untuk BACA SOALAN. BACA JE TAU jangan tulis pape cakap ke apa leklu hadam soalannya. And then akan ada Q&A session di mana dia akan round sorang sorang kalau ada nak tanya soalan. So, kalau ada perkataan tak faham tu ha boleh la terus tanya sebab selepas daripada tu memang xleyh tanya pape dah. Pastu, diberi lagi masa 2 minit untuk prepare Task A which is individual task. Settle dua minit, start la dari candidate A sampai D. Sorang dapat 2 minit. Ha memang pakai 2 minit 2 minit semua lol. Settle semua, dia bagi lagi 2 minit untuk prepare task B and after that 10 minit masa diberi untuk group discussion tu. Jadi, berakhirlah Speaking Test anda yang mengambil masa secara total 30 minit.

Alright, so back to my story. Kitaorang kan konon nya daftar bersama mengharaplah agar dapat satu group. Malangnya tidak! Sorang terpisah iaitu aku lol. Tapi takpela sis redho yang penting jangan lah panic walaupun dalam hati berdebar la juga. Make sure breakfast settle and so on. Jadi, Saidatul dan Nadiatul pun pergi dahulu sebelum aku and bila diaorang habis diaorang kena pergi the opposite way supaya tak bertembung dengan yang belum jawab. Berbekalkan surah Alamnasyrah aku pun follow the flow. So, our topic is about punctuality and my point is to respect others time. Alhamdullilah boleh jawab ehek. Aku bersyukur sangat group aku takde yang overshadow sesiapa like smooth je gilir gilir. And untuk task B tu kalau boleh jangan lepaskan peluang tapi still bagi chances kat yang lain. Bagi aku ok la berjalan dengan lancar.

So, nak bagi tips pun aku xde la hebat mana pun make sure anda sentiasa bertenang dan lapangkan dada. Selain itu, practise! So xde la gelabah sangat when the actual test.


Lepas habis je Speaking Test tu sempat lagi pergi Muzium Penjara Melaka hehe. Syok jugak, begitu menginsafkan like imagine kau masuk sel penjara yang memang dulu betul betul penjara. Siap ada conteng conteng kat dinding bagai. Very recomended, RM3 je tiketnyaa..



Baiklah, sampai di sini sahaja nukilan saya pada kali ini ha gitu. Reading, Listening dengan Writing test saya adalah pada 2 November jadi, doakan saya ya hihi. Semoga kita bertemu semula di part 2 yang insyaAllah saya kongsikan pengalaman seterusnya.

Bye, Assalammualaikum.

3 comments:

  1. senang tak nak cari bilik untuk masuk exam tu ? takut ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah senang je sebab mereka dah tampal siap siap anak panah ke bilik exam

      Delete
  2. 12bet - Trusted Online Casino and Sportsbook
    12bet brings you the best in Online Casino 12bet Games! Experience the thrill of dafabet a classic casino table game or join fun88 vin the amazing 💰 Deposit Bonus: 100% up to R200📱 Mobile Version: Android,iPhone,iPad🎰 Popular Games: Roulette, Blackjack, Video Poker

    ReplyDelete