Thursday 24 October 2019

Bayaran balik PTPTN dalam tempoh kurang daripada setahun.

Hai, Assalammualaikum. Kali ni, aku nak kongsikan bagaimana cara aku bayar balik ptptn aku and manage to finish it within less than a year. Ini hanyalah pengalaman aku, alhamdullilah rezeki aku dipermudahkan tapi janganlah banding beza kan diri anda dan saya hehe. InsyaAllah kalau ada usaha, mesti berjaya.


Pengenalan, pinjaman PTPTN aku secara total ialah RM9k tapi secara hitam putihnya RM10k+, untuk 6 sem namun course aku hanya 5 sem dan sem kelima itu praktikal sebab tu jadi RM9k je to be exact dalam RM8.9k like that. So, sejujurnya di sini aku guna duit PTPTN aku ni hanya untuk bayar yuran dan barang barang akademik sebab PTPTN automatik tolak duit yuran setiap kali sem baru, so senang la sikit takyah fikir fikir time sem baru bukak. Keperluan harian and makanan semua ditanggung parents. So, macam 50/50 la jugak. 

Pencerahan di sini aku gunakan duit PTPTN dalam RM4k sahaja. Selebihnya memang aku tak sentuh. Aku ada akaun bank islam (untuk PTPTN) dengan akaun maybank (untuk parents bank in duit). So, walaupun dalam bank Islam tu ada dalam 2k+, aku tutup sebelah mata la tak usik, tahan godaan haha. Memang each month parents aku bank in kan dalam RM200, tapi bila terdesak tu ha kena jimat jimat la nak beli tiket balik ke apa en ada masanya aku guna la jugak duit PTPTN tu.

So, back to the story setelah tamatnya sesi praktikal + presentation bagai, aku terus start kerja. So, the first payment tu aku bayar balance duit PTPTN yang aku tak pakai tu, plus duit gaji aku kerja part time masa cuti sem semua kumpul dapat around RM3.7k aku bayar segedebuk. Niatnya nak keluar duit tabung haji bayar habis NAMUN hakikatnya, tiada diskaun yang saya dapat (walaupun dekan setiap sem sebab sis diploma jer bukan degree). 

Aku pun bayarlah secara ansuran setiap bulan SEBANYAK RM500 sebab nak habis cepat haha. Btw disclaimer, saya belum ada commitment lain sebab tu saya bayar banyak terus, jika anda ada commitment lain bayarlah mengikut priority. Yang pasti sila bayar ya, and bayar banyak habis cepat, kalau bayar sikit habis lambat tu je rules dia. Kesimpulannya, depends on you.

Di sini, aku nak share sedikit tips la lebih kurang. Cara aku bayar is by online banking, CIMB charges RM0.50 kalau Maybank charges RM1.00. Pergi je pada Pay Bills pastu cari Bayaran Balik PTPTN. AS SIMPLE AS THAT YA KAWAN KAWAN. 

And lagi satu kalau korang perasan pada semakan PTPTN, bahagian Kunci Kira Kira dia.. Bahagian atas tu kita sebenarnya ada insurans (kata brader PTPTN la) tapi akan dipotong setiap bulan sebab bayar interest. Kiranya kalau korang lambat bayar tu yang bertambah interest faham?


So, ini penyata aku sepanjang 2019. Dua bulan terakhir tu sebab aku dah nak berhenti kerja, memang ikat perut la tutup semua keinginan nak settlekan PTPTN punya pasal. 

Jadi di sini saya ingin berkongsi kesilapan saya lol. Masa bulan terakhir tu, aku dah save amount nak bayar. Ok situasinya begini last aku check dalam 28hb and save the amount. 30hb dia tolak interest. Dalam 6hb tu gaji baru masuk so aku excited la nak bayar en aku bayar la amount yang aku save tu TAK PERASAN YANG DAH TOLAK RM0.11 TU! A few days letter bila dapat email and buat semakan ha baru perasan seperti gambar di atas tula. Saya pun dengan gelabahnya cuba untuk bank in RM0.11 namun tidak berjaya. Aku ingatkan kena bayar kat kaunter. WEEKS after that baru sempat gi kaunter Bank Islam and aku tanya, rupanya kalau bayar kat kaunter lagi la kena charges RM2 haha lagi banyak dari bayar online itu pun minimum dia terima RM1 dah jadi RM3 daripada RM0.11 haha. Then, dia suggest bayar je online RM1, kena charge pun baru RM0.50 total half daripada bayar kat kaunter. A few days after that baru lah dapat pengesahan.


Fuhhh baru la lega hati ni. Terasa ringan di bahu! Tamatlah kisah saya membayar hutang PTPTN selama 7 bulan. Tak salah pun pakai PTPTN, janji bayar balik. Utamakan mana yang penting, bezakan keperluan dan kehendak. Anda mampu mengubahnya hehe. Dengan ini, saya tiada niat hendak merendahkan sesiapa. Kesusahan dan kesenangan setiap orang berbeza. Saya hanya berkongsi kisah saya dengan harapan dapat membantu atau memberi idea kepada para pembaca ha gitchew. Sekiannnn, semoga kita berjumpa lagi!


4 comments:

  1. Assalamualaikum kak nak tanya memang betul eh ptptn bayarkan yuran kita? Jadi tak perlu keluarkan duit kita sendiri lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, haah ya memang auto tolak. So total yg dapat dalam bank Islam kita tu dah siap tolak yuran. Nanti boleh check dekat bil yuran pelajar.

      Delete
  2. assalamualaikum kak, nak tanya setiap sem berapa yg ptptn bagi pinjam?

    ReplyDelete
  3. ptptn bagi brpaa setiap sem kalau untuk degree?

    ReplyDelete