Assalammualaikum ~!
Hari ni aktif betul kat blog hihi.. Okay berbalik pada tajuk.. Ceyh.. Okay lepas SPM ni memang maklum sangatlah ada banyak waktu lapang.. So daripada duduk rumah menghabiskan beras dan menambahkan lemak hihi baik aku join GiatMara ni adalah faedah nya..
Jadi kursus yang aku ambik ialah Fashion And Dressmaking (FND) ~! Okay antara sebab aku nak join ialah :
1. Aku sangatlah jealous ngan ibu aku sebab dia selalu cerita yg baju dia masa muda muda dulu kebanyakkannya jahit sendiri termasuklah baju sekolah ha kau.. Tapi disebabkan faktor usia tak dapatlah ibu nak menurunkan ilmu menjahit tu huhu lagipun rumah aku dah takde mesin jahit..
2. Dari kecil dulu dah teringin nak jadi fashion designer ha gitu.. Tapi masalahnya aku ni tangan kayu sikit.. Bab bab lukis ni agak fail sikit hihi..
3. Haa ni sebab paling best.. Aku bercita cita nak jahit baju kahwin sendiri cewah.. Paling tak pun design sendiri maklumlah hari bahagia kan hihi.. And nanti baju raya, baju sekolah anak semua boleh jahit sendiri ~
4. Upah jahit sekarang pergh sangatlah masyukkkk.. Kalau ambik upah sedara mara je pun.. Ibu kata tak menang tangan haa.. Tapi cita cita utama nak jadi chef tapi yela kita kena ada plan A,B,C sampai Z hehe..
5. Setiap bulan dapat elaun RM200.. Haa kalau ikutkan memang nak kerja tapi masuk GiatMara ni dapat ilmu sekali haa mana nak kutip..
So banyak jugaklah sebab nak join GiatMara ni.. Aku join GiatMara Lembah Pantai.. Sangat dekat dengan rumah aku.. Rezeki rezeki..
Lepas hantar borang dalam beberapa hari diaorang call tapi aku off handphone pulak yela tengah exam.. So, search search kemungkinan ada interview main agak agak je lol tapi time hantar borang pun sebenarnya dia dah cakap ada interviw.. Tapi tak pasti pulak pukul berapa.. nak bawak apa an.. Jadi ibu suruh bawak fotostat ic ngan sijil - sijil.. Memang segala sijil ah bawak.. Sijil koko la, sijil pengawas la haaaa.. Bangga sikit hihi.. Interview sebenarnya start pukul 9, pukul 8 kitaorang (Ibu teman sekali hihi) dah sampai.. Orang tu cakap takpe pergi sarapan dulu.. Nasib baik ada kedai mamak berdekatan.. Tepat pukul 9 kitaorang pergi balik.. Adalah dalam 4 - 5 orang yang dah ada.
Lepastu dia panggil masuk dalam bilik macam bilik mesyuarat la.. Semua sekali masuk.. Ingatkan interview ramai ramai.. Masuk je dalam tu dia bagi macam kertas soalan.. 2 helai je.. Isi nama, no ic semua pastu jawab soalan.. Soalah math tambah tolak darab bahagi.. Soalan pengetahuan am : Perdana Menteri keempat.. ngan ada soalan agama sikit la rukun iman rukun Islam.. Senang jaaa.. Yang helaian kedua tu dia tanya la pasal GiatMara.. So dah siap tu memang awkward gila dalam tu krik krik ja.. So aku pun tanya "Dah boleh keluar ke?" Semua gelak lol.. Tapi kena tunggu apa ntah.. Aku pun borak ngan org sebelah ngan org depan aku.. Memang kitaorang bertiga je borak dalam tu.. Brader..
Lepas dah habih semua kena tunggu kat luar.. Haa time ni dia panggil sorang sorang.. Huhu nervous tersangatlah amat.. Pastu dia panggil " Yang pergi sarapan tadi mana? Masuk dulu " Ku hanya mampu tersenyum padahal dah mengigil dah.. Orang first kot. The very first time kena interview (malam tu siap practise ngan mak aku XD)
Tapi takdelah susah mana dia tanya kenapa nak join, pendapat ibu bapa, latar belakang : anak ke berapa semua.. result periksa pun dia tanya lol lepastu dia ada explain sikit sikit and dia tanya balik "Ada apa apa nak tanya?" oh and sambil tu dia selak selak gak sijil.. Kembang jap hihi.. So habis tu semua orang macam.. dia tanya apa? susah tak? kenapa lama sangat? Rasa cam artis diserbu wartawan.. Ceyhh.. Pastu orang kat situ cakap dah boleh balik .. So kami pun beredar.. Masa salam - salam tu ada gak yang cakap " Hambui sampai sejuk sejuk tangan" hihi
So, 16hb haritu dia ws and aku pun macam "Yeaaayyyyyyy ~!!!!" siap buat ws group.. Start 5hb Jan nanti.. Doa doakanlah aku rajin nak cerita pengalaman kat sana.. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti.. Aminn ^^