Hai, Assalammualaikum ~! ^^
So yeah.. Ni dah kenapa
tiba-tiba nak rindu jadi cikgu ni.. Aku ni cikgu ke ? Hehe..
So sekarang ni, sempena cuti
sekolah, sepupu aku darjah 2 ada duduk rumah aku ni.. Dah 3 hari dia kat sini.
Hari-hari ibu aku paksa dia belajar. LOL.. Macam tulah aku masa kecik2 dulu,
sebab tu lah boleh jadi pandai.. Ehh.. *angkat kening*
Ok so, pagi tadi, sepupu
aku tengah belajar matematik, tajuk darab. Aku kalau dah dengar perkataan
matematik ni memang semangat sikit nak mengajar. Hehe. So aku pun join lah ibu
dok mengajar dia sekali. Lepatu dia sangkut kat sifir 9. Aku pun ajar lah dia
pakai teknik yang jari tu. Korang tau tak yang mana ? Tak tau ? Nanti call aku,
aku jumpa hang, aku ajar.. LOL. Yang tutup satu jari tu apa semua kan. Lepas
aku ajar tu dia terus faham. Siap dah hafal lagi. Lepastu aku ajar lagi satu
teknik yang susun tu dari 0 sampai 9, lepastu terbalik kan dia, dari 9 sampai
0. Paham tak ? Tak ? Call lah saya ~ Hehe. Tak segan betul. Lepastu dia pun
sambung dengan hati yang gembira. Eceyh aku tak tau pun sebab lepas aku ajar
aku terus pergi sekolah.
So yeah, tu lah aku
tiba-tiba teringat masa sebelum PMR haritu. Lagi-lagi bila time Math. Memang
meja aku jadi kaunter pertanyaan. Tapi serius aku cakap. Aku rasa happy gila
bila diaorang tanya aku and bila aku dah ajar diaorang lepastu diaorang faham,
rasa puas hati dan gembira tu tidak terungkap. Contohnya Fatehah, Nabila, Nadia, Izzati, Dania, Hafizan, Epul dan semua orang yang aku pernah ajar, bila diaorang tanya soalan kat aku.. lepas aku ajar & dia dah faham, dia ajar yang lain
pulak. Rasa macam anak murid yang aku ajar ni jadi pandai tau. Tau tak bertapa
bangga nya rasa dia ? Tak tahu ? Cuba try ajar orang. Mesti akan rasa kepuasan
tu bila dia dah faham apa yang kita ajar. XD
Kesimpulannya disini, saya
ingin mengatakan bahawa jika anda mengajar seseorang itu, dan orang itu
memahaminya dan mengamalkannya, anda tidak akan rugi, malah anda mendapat
pahala berlipat ganda dan ilmu anda juga akan bertambah serta ingatan anda
lebih kuat dan mantop !
Sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat.
Ceyhh kesimpulan aku bukan
main poyo lagi, macam buat karangan pulak satu ayat je pun tu. Tapi itulah yang
aku nak cakap kat korang ni. Ajarlah adik, sepupu, kawan, abang, kakak dan
sesiapa sahaja. Korang ajar ABC 123 tu sampai ke tua diaorang pakai ilmu yang
korang ajar. Rugi ke ? Tak luak pun ilmu korang tu. Tak rugi apa pun, Jangan
risau ~
Sampai disini sahajalah ya
~ Bye, Assalammualaikum ~! ^^ Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment