Thursday, 17 December 2015

Segmen Blogwalking + Bloglist daripada blogger "akubukaninnocent"

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Saguhati kepada yang bertuah:

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016.
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari)
seorang blogger bertuah dapat top up RM10

Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS


HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2



Alang alang dah habis SPM ni dan masa lapang tersangatlah bersepah.. Sis cuba nak tambah followers blog hihi >w<

Saya Nak Menang Tudung Bawal Crepe

"Saya nak menang tudung bawal crepe ~!"



Tarikh tutup : 31 Disember 2015

Segmen Farhana Sharif Bloglist 2016

Syarat-syarat:
1. Follow blog AYUUUUUUU
2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif".
3. Letak banner di atas dalam entri & backlink ke entri ni.
4. PUBLISH & tinggalkan link entri dekat post ni.
5. Tamat & tunggu senarai pemenang akan dikeluarkan :)

END : 26 DISEMBER 2015

Insyallah, kalau ada rezeki dapat hadiah misteri. First time menceburi benda benda macam ni hihi.. Selamat Bersegmen!

Wednesday, 16 December 2015

SPM? DAH HABISSSS !!!

1st week of December 2015
Isnin, 30.11.2015
Okay, so hari ni lah hari yang sangat sangat sangat sangat dinantikan ! LAST DAY OF SPM ~!!!  5 tahun belajar kat SMK Sri Pantai.. 10 tahun pakai baju sekolah.. Lahai cepatnya masa berlalu.. But yeah anyway.. Kebahagiaan tu memang tak leyh tahan gila. Habis je paper bio, like semua orang yang aku jumpa.. ok takde la semua.. I mean dekat cikgu semua aku cakap “ Cikgu, saya dah habis SPM ! ” *sengih*  Memang tak leyh berhenti senyum sampai tidur ~ >w<
#ScSuciBiology {Suhana, Adik, Suhada, Hanisah, Nadia, Basyirah, Saii, Alia, Zarifah, Syuhada & aku} + Zaki, Azib & Arief
(Muka tak lawa so muka aku tidak kelihatan hihi)










Selasa, 1.12.2015
Haaaa.. Hari ni aku buat benda yang aku paaaaaling nak buat lepas SPM ialahhhh..... tak buat apa – apa ! XD Basicly aku tgk Gegar Vaganza 2 dengan mak aku dari minggu 1 – 6. Online je sebab ku tiada astro huhu.










Rabu, 2.12.2015
Jadi, hari ni officialy sweet seventeen ~!  ^o^ Basicly aku just makan angin dengan mak aku.. And dapatlah buat facial treatment dengan sepupu aku, Syuhada.

(Tahun ni punya birthday wish nak makan ice cream sedap sedap.. Tadaaa ~! Tercapai hajat den)
  











Kebetulan, hari ni pun hari kemerdekaan untuk budak LK.. Lukisan Kejuruteraan.. Yayy ~!

#ScSuciLukisanKejuruteraan {Ammar, Ridhuan, Haziq, Hafizan, Epul, Einani, Nawwar & Fatehah} + Idin, Aus & Syamila











Khamis & Jummat 3 – 4.12.2015
Okay, dua hari ni aku merealisasikan benda yang aku paling nak buat lepas SPM.. Jeng jeng.. Kdrama Marathon ~! Aku ni takde lah fanatik sangat.. Tapi kalau dah layan sikit tu sampai mengalir jugak la air mata hihi.. So Kdrama yang aku layan ialah.. Emergency Couple ~! ^o^ Sejujurnya, aku marathon memang non stop la dari episod 1 sampai habis episod 21.. Dengan siapa? Dengan mak aku lah hehe..


Wednesday, 24 June 2015

Diri ini tertanya tanya...

24 Jun 2015,
Sudah 16 tahun, 7 bulan, 22 hari berlalu sejak diri ini dilahirkan. Pejam celik sudah hampir mengakhiri zaman persekolahan. Sudah banyak ilmu dipelajari, ujian dilalui untuk mempersiapkan diri menghadapi fasa hidup yang baru.
SPM. Penentu hidup? Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi yang sering meniti di bibir para guru “Segalanya bermula dengan SPM.” Ayat tu sering bermain di fikiran. Makin dekat, makin gerun rasanya. Ibu ayah, sekolah.. mengharapkan yang terbaik. Tapi, adakah diri ini mampu? Insan yang kerdil ini sering dilanda kecelaruan. “Boleh ke?”

Bila lihat yang di atas, terasa jauh ketinggalan.. Bila lihat yang di bawah, kasihan melihat mereka tergapai. Inginku tarik tangan mereka, tapi mereka tidak menyambut tanganku. Hmm..
Kadangkala terasa penat belajar, tetapi ilmu masih tidak cukup.. Takut.. Persediaan masih tidak cukup.. Tapi diri ini masih leka. Takut.. Menyesal di kemudian hari. Apa nak buat? Macam mana? Diri ini tidak menjumpai jawapan.. 

Hati terasa sakit, ingin meluahkan segala kesedihan. Walau macam mana diri ini cuba, air mata tidak keluar, tidak mengalir.. Terasa masih terpendam dalam hati. Sakit..

Celaru.. Lost.. Hmm.. Doakan diri ini yang terbaik..

Hidup umpama roda, kadang kala terasa seperti dapat mencapai langit.. Sekarang? Terasa seperti di dasar lautan. Tergapai gapai ku kelemasaann ~
“Aku cuba!” Sering hati ini katakan.  Tapi.. diri ini hanya insan yang lemah. Ingin jadi penguat semangat kawan kawan. Ingin menjadi contoh terbaik. Tapi siapakah aku? Hanya insan biasa. Biasa...

Berlawan dengan diri sendiri.. Tertanya tanya walaupun tahu jawapannya. Tapi bagaimana.. Ibarat berlari lari tanpa penghujungnya. Gelap.. Tak jumpa, tak nampak.
Ingin ku luahkan.. Sudah. Insan ini sudah meluahkan pada Penciptanya. Ku tahu diriNya Maha Mendengar. Tapi kadangkala terasa diri ini hipokrit.  

Ya. Semua orang ada masalah, termasuk diri ini. Tapi.. masih tercari cari apa masalahnya. Hati ini tidak menjumpai ketenangan. Ingin ku luahkan pada makhluk, tapi.. diri ini tidak tahu bagaimana.

Ya. Diri ini perlukan pertolongan. Diri ini tidak kuat. Inikah yang dinamakan depression? Anxiety? Adakah ia kembali? Bagaimana? Apa yang harus ku lakukan..  I DON’T KNOW! Help..